40 Tanda Sekolah Anda Hebat:
Syabas kepada mana-mana sekolah yang memenuhi ciri-ciri
seperti yang disenaraikan ini:
1.Keharmonian dan kemesraan dalam kalangan staf anda sangat
jelas kelihatan.
2.Semua warga sekolah tidak berasa tertekan oleh pihak
pengurusan sekolah.
3.Semua warga sekolah mempunyai cinta dan sayang akan
sekolah mereka.
4.Terdapat kemesraan dalam interaksi antara sesama guru dan
para pelajar.
5.Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah
dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.
6.Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik, tanpa
arahan pihak sekolah.
7.Guru-guru menggunakan kemudahan komputer dan internet
dengan sebaik-baiknya.
8.Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan
sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
9.Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di
tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai
pelajaran mereka.
10.Guru-guru prihatin tentang kebersihan di dalam bilik
guru.
11.Pelajar yang tamat belajar di sekolah anda berasa sedih
untuk meninggalkan sekolahnya.
12.Pihak sekolah mengambil berat mengenai pelajar-pelajar
yang miskin dan sentiasa berikhtiar untuk membantu mereka.
13.Guru-guru tidak berebut-rebut untuk pulang apabila loceng
akhir berbunyi.
14.Para guru sanggup menjalankan kelas tambahan untuk
pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih tanpa mengharapkan
sebarang imbuhan.
15.Seluruh warga sekolah turut bersimpati sekiranya terjadi
sesuatu mala petaka atau kemalangan dalam kalangan warga sekolah.
16.Ucapan salam(menurut agama masing-masing) diamalkan oleh
semua warga sekolah dengan ikhlas termasuklah sesama pelajar.
17.Pihak sekolah amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di
kawasan sekolah.
18.Guru-guru mengamalkan pemberian hadiah-hadiah kecil untuk
pelajar-pelajarnya yang berjaya dalam sesuatu bidang.
19.Pelajar-pelajar mengutip sampah dan membuangnya ke dalam
tong sampah tanpa disuruh atau dipaksa.
20.Semua warga sekolah sentiasa berpakaian kemas.
21.Pelajar yang lebih dewasa sentiasa membantu pelajar yang
lebih muda daripadanya.
22.Guru-guru menziarahi pelajar yang malang di hospital.
23.Pelajar juga begitu terhadap guru-guru mereka.
24.Sekali-sekala kelihatan guru makan semeja dengan
pelajr-pelajar.
25.Hubungan ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat
akrab.
26.Ibu bapa terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan
aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah.
27.Pihak sekolah tidak suka membazirkan masa dengan apa-apa
aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
28.Oleh itu semua aktiviti dirancang dengan teliti dengan
mementingkan faktor keberkesanannya.
29.Pelajar-pelajar menghulurkan hadiah kepada guru-guru pada
Hari Guru, Hari Raya, Tahun baru dan sebagainya.
30.Pelajar pintar sentiasa tidak keberatan untuk membantu
pelajar yang lemah.
31.Pihak ibu bapa menganjurkan jamuan untuk guru-guru
sebagai ucapan terima kasih sesuatu kejayaan anak-anak mereka.
32.Kafeteria sekolah sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk
bersarapan atau makan tengah hari.
33.Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak
mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam
tindakan mereka.
34.Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah
anda. Misalnya,pemain bola sepak yang terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada
pasukan bola sepak anda.Terdapat kerjasama daripada ibu bapa. Misalnya ,
membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan,pelajaran dan
sebagainya.
35.Pelajar-pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu Negaraku
dengan besemangat dalam perhimpunan mingguan.
37.Pihak sekolah kerap mengadakan program yang melihatkan
kerjasa sama antara guru dengan pelajar seperti kerja-kerja gotong-royong untuk
menjalankan sesuatu aktiviti demi kepentingan bersama.
37.Program bacaan dijalankan dengan jayanya.
38.Pihak kafeteria sering mengadakan jamuan percuma untuk
guru-guru bagi menunjukkan kegembiraannya atau untuk menyambut majlis tertentu.
39.Terdapat dalam kalangan pelajar yang mewakili negeri ke sesuatu
pertandingan di peringkat kebangsaan.
40.Semua warga sekolah amat prihatin dan menyambut baik
Kempen Kita Semula, serta mengamalkannya di sekolah.
( Sumber: Majalah
Pendidik-Bil.10 Nov.-Dis. 2004)