Saturday 11 February 2017

Satu Perkongsian : Bahan Koleksi GPKHEM SMK Taman Indah

Hasil koleksi bahan di bawah untuk dikongsikan kepada semua GPKHEM di seluruh Malaysia..Moga-moga bahan tersebut  dapat membantu meringankan tugasan tuan-tuan dan puan-puan yang semakin mencabar ini..Mungkin ini perkongsian yang terakhir daripada saya..Terimalah seadanya..Sekian terima kasih.

Sunday 29 January 2017

Teaching Strategies to Keep Class Interesting

Teaching Strategies to Keep Class Interesting:
---------------------------------------------------------------
By: Janelle Cox
Every now and then, you may get a class that you just can’t seem to keep interested. No matter what you do, it seems like all of the students are bored out of their minds.
If students aren’t paying attention, and their minds are wandering, then they are not absorbing any of the information that you are giving them to pass your class. Here are five teaching strategies that you can do to keep your class interested and engaged.
1. Classroom Games as Teaching Strategies:
It doesn’t matter if you are 8 years old or 18 years old, everybody loves to play games. Games are a great way to keep people engaged, and it doesn’t hurt that they are fun. A lot of the time students don’t even feel like they are learning anything because they are so into the game. If students need to learn important vocabulary words for science, play Jeopardy!. If they need to remember specific dates in social studies, play memory. Any kind of game will help to make your class more interesting as well as keep them engaged.
2. Relate Class Content to Their Lives:
When you create a real-world connection to what students are learning, it will give them a greater understanding of why they need to learn it. If your students are constantly asking you why they need to learn something, and you always are answering with “because you have to,” you will lose credibility with your students, and they will continue to not be interested in what you are teaching them. Instead, give them a real answer. If they are learning math and want to know when they will need to use it, tell them they will need math to write out checks, pay bills, buy groceries, figure out how much things that want cost. This will help them connect why they must learn what they are learning for their future.
3. Make it Interactive:
A traditional classroom setting, where the teacher is standing in the front of the classroom lecturing to students as they take notes, is boring. If you want your students to be interested in what you are teaching them, you must make it interactive. Get them involved in everything that you are teaching. Try the jigsaw cooperative learning method, where students work together as a team to learn and complete a task. Each student is responsible for their own part, but must work as a group in order to complete the task. By involving students and making it hands-on, you are engaging them and making them interested in the content that they need to learn.
4. Give Them Choices:
Choice menus aren’t just for elementary and middle school students. High school students will be just as happy when they get the opportunity to choose what, and how they will learn content. Choice board menu options are endless. You can create a menu for any subject, topic, or concept that you want. You can create different choice boards based on the student. Struggling students can work on one board while more advanced students can work on another. It’s not only a great way to differentiate learning, but it keeps students interested and engaged as well.
5. Use Technology:
Technology is what students live and breathe every day. If you want to make your class the most interesting class that everyone loves to go to, then you must incorporate some kind of technology. Instead of lecturing and having students take notes, use a smartboard and have students come up to the board and interact. Instead of giving students a quiz on paper, use a computer or a tablet. Instead of having students work on a project together, have them video conference with another class from another country and work with them on the project. Utilize technology in your classroom and your students will be interested and engaged in what they are learning.
Overall, talk less and involve students more. The more you make your class interactive and the more that you utilize technology, the more your students will enjoy what they are learning.
How do you keep your class interesting? Do you do any of the things listed above?

Saturday 28 January 2017

40 Tanda Sekolah Anda Hebat

40 Tanda Sekolah Anda Hebat:
Syabas kepada mana-mana sekolah yang memenuhi ciri-ciri seperti yang disenaraikan ini:
1.Keharmonian dan kemesraan dalam kalangan staf anda sangat jelas kelihatan.
2.Semua warga sekolah tidak berasa tertekan oleh pihak pengurusan sekolah.
3.Semua warga sekolah mempunyai cinta dan sayang akan sekolah mereka.
4.Terdapat kemesraan dalam interaksi antara sesama guru dan para pelajar.
5.Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.
6.Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik, tanpa arahan pihak sekolah.
7.Guru-guru menggunakan kemudahan komputer dan internet dengan sebaik-baiknya.
8.Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
9.Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai pelajaran mereka.
10.Guru-guru prihatin tentang kebersihan di dalam bilik guru.
11.Pelajar yang tamat belajar di sekolah anda berasa sedih untuk meninggalkan sekolahnya.
12.Pihak sekolah mengambil berat mengenai pelajar-pelajar yang miskin dan sentiasa berikhtiar untuk membantu mereka.
13.Guru-guru tidak berebut-rebut untuk pulang apabila loceng akhir berbunyi.
14.Para guru sanggup menjalankan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan perhatian yang lebih tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.
15.Seluruh warga sekolah turut bersimpati sekiranya terjadi sesuatu mala petaka atau kemalangan dalam kalangan warga sekolah.
16.Ucapan salam(menurut agama masing-masing) diamalkan oleh semua warga sekolah dengan ikhlas termasuklah sesama pelajar.
17.Pihak sekolah amat mementingkan ciri-ciri keselamatan di kawasan sekolah.
18.Guru-guru mengamalkan pemberian hadiah-hadiah kecil untuk pelajar-pelajarnya yang berjaya dalam sesuatu bidang.
19.Pelajar-pelajar mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah tanpa disuruh atau dipaksa.
20.Semua warga sekolah sentiasa berpakaian kemas.
21.Pelajar yang lebih dewasa sentiasa membantu pelajar yang lebih muda daripadanya.
22.Guru-guru menziarahi pelajar yang malang di hospital.
23.Pelajar juga begitu terhadap guru-guru mereka.
24.Sekali-sekala kelihatan guru makan semeja dengan pelajr-pelajar.
25.Hubungan ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah sangat akrab.
26.Ibu bapa terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti untuk menceriakan kawasan sekolah.
27.Pihak sekolah tidak suka membazirkan masa dengan apa-apa aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
28.Oleh itu semua aktiviti dirancang dengan teliti dengan mementingkan faktor keberkesanannya.
29.Pelajar-pelajar menghulurkan hadiah kepada guru-guru pada Hari Guru, Hari Raya, Tahun baru dan sebagainya.
30.Pelajar pintar sentiasa tidak keberatan untuk membantu pelajar yang lemah.
31.Pihak ibu bapa menganjurkan jamuan untuk guru-guru sebagai ucapan terima kasih sesuatu kejayaan anak-anak mereka.
32.Kafeteria sekolah sering dikunjungi oleh ibu bapa untuk bersarapan atau makan tengah hari.
33.Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam tindakan mereka.
34.Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah anda. Misalnya,pemain bola sepak yang terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada pasukan bola sepak anda.Terdapat kerjasama daripada ibu bapa. Misalnya , membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan,pelajaran dan sebagainya.
35.Pelajar-pelajar dan guru-guru menyanyikan lagu Negaraku dengan besemangat dalam perhimpunan mingguan.
37.Pihak sekolah kerap mengadakan program yang melihatkan kerjasa sama antara guru dengan pelajar seperti kerja-kerja gotong-royong untuk menjalankan sesuatu aktiviti demi kepentingan bersama.
37.Program bacaan dijalankan dengan jayanya.
38.Pihak kafeteria sering mengadakan jamuan percuma untuk guru-guru bagi menunjukkan kegembiraannya atau untuk menyambut majlis tertentu.
39.Terdapat dalam kalangan pelajar yang mewakili negeri ke sesuatu pertandingan di peringkat kebangsaan.
40.Semua warga sekolah amat prihatin dan menyambut baik Kempen Kita Semula, serta mengamalkannya di sekolah.

 ( Sumber: Majalah Pendidik-Bil.10 Nov.-Dis. 2004)

Saturday 14 January 2017

Guru perlu ada motivasi..

GURU PERLU ADA MOTIVASI...
(oleh: Sakinah Salleh)
 .
 -Walaupun istilah glamour dan berprestij selalu dikaitkan kerjaya dalam bidang seperti korporat, kedoktoran dan guaman, kehebatan yang sebenarnya terletak pada warga pendidik. Warga pendidiklah yang sebenarnya hebat kerana berjaya mendidik manusia yang berasal dari kampung mahupun bandar menjadi peguam,doktor,saintis dan pelbagai penjawat yang hebat dalam bidang masing-masing.
 .
-Itulah kehebatan yang sebenarnya. Itulah prestij yang sebenarnya . Betapa hebatnya menjadi warga pendidik kerana berupaya membimbing anak didiknya hingga mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana guru dihargai-diraikan dengan sambutan Hari Guru. Bahkan guru yang teruja lebih menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan. Tatkala pelajar mencapai keputusan yang baik dan cemerlang, ketika itu,mengalir dalam diri guru perasaan terubat segala penat lelah menabur bakti, terbayar segala ilmu yang dicurahkan.
 .
-Bagaimanapun, sebagai manusia ,guru juga TIDAK sunyi daripada ujian. Ujian sebenarnya bertujuan mengangkat mertabat diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada ujian bersifat peribadi. Ada ujian yang membabitkan diri dan keluarga. Tidak kurang juga ujian yang membabitkan orang lain. Semua ini mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga menyebabkan tekanan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.
 .
-Namun, sedarilah hakikat bahawa kehidupan punya aturannya sendiri. Semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Life has ups and down. Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri penting setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - dari dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkitkan semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan. Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh,masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
 .
-Sebenarnya kitalah sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaiannya. Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah mencuba sedaya upaya. Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh ikhlas. Ketika itu, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini , apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan,kata semangat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. Melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
 .
-Kepada guru yang memandang remeh soal motivasi diri atau merasakannya sebagai tidak penting, maka PERLU ingat bahawa tanpa motivasi diri, kita akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen. Guru yang mengajar tanpa matlamat yang jelas boleh menjejaskan pelajarnya kerana ia akan mengajar tanpa meletakkan sebarang sasaran yang hendak dicapai. Kesedaran untuk menjadi insan yang cemerlang tidak ada pada semua pelajar, tetapi jika guru bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan pelajarnya mencapai kejayaan , maka sudah pasti ia mampu membimbing pelajarnya supaya fokus mereka terarah untuk mencapai cita-cita atau bermatlamat tertentu. Selain itu, kehilangan motivasi diri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk mengekploitasi potensi dirinya sebenar. Natijahnya akan menimbulkan pemikiran negatif terhadap diri sendiri., orang lain mahupun persekitaran. Apabila ini berlaku, kesannya akan terpercik kepada orang yang sama-sama bekerja dengan kita serta anak didik kita.
 .
-Guru yang berfikiran negatif gagal melihat peluang yang ada. Bahkan lebih cenderung melihat sesuatu perkara sebagai masalah, bukannya cabaran yang harus ditangani. Misalnya, kita mungkin diberi peluang mengajar subjek baru atau berlaku pertukaran silibus. Guru yang berfikiran negatif akan melihatnya sebagai perkara yang menyusahkan diri. Tetapi bagi yang positif ini adalah peluang menambah kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada. Sikap cukup dan berpada dengan ilmu dan kemahiran yang ada perlu dibuang kerana guru perlu mempunyai sikap yang sentiasa ingin meningkatkan diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Oleh itu motivasi diri amat penting kepada setiap individu. Kaedah yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan sentiasa menghampiri orang yang positif serta menampakkan kemahuan yang jelas. Kenali diri, bina indentiti!!

(Sumber: Majalah Pendidik .Bil 76/Septemeber 2010)

Saturday 7 January 2017

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:


SKPM Gelombang 2 (SKPMg2):

Apakah itu SKPMg2 atau SKPM Gelombang 2?
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.

Sebelum ini kita didedahkan dengan SKPM, kini pula SKPMg2.

Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan penilaian sekolah menjadi lebih holistik. Ia disebut SKPM Gelombang 2. Penggunaan instrumen yang ditambah baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Instrumen ini akan menggabungkan pelbagai instrumen penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, sekaligus meningkatkan kecekapan.

Untuk mengetahui apakah itu SKPMg2 atau Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, anda boleh dapatkan bahan makluman di bawah: