Majlis Pemuafakatan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Men.) Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan
Buku Panduan Pengurusan Hel Ehwal Murid yang boleh menjadi panduan serba sedikit
kepada GPKHEM dalam mentadbir urus unit HEM di sekolah-sekolah.
Bahagian 1 buku ini memuatkan "SOP" bagi
10 kes disiplin yang lazimnya dihadapi oleh semua GPKHEM di Negeri
Sembilan.
Bahagian 2 pula buku ini memuatkan 31
kisah anekdot hasil penulisan 20 guru GPKHEM Negeri Sembilan yang lahir daripada
pengalaman pahit manis dalam mengendalikan beberapa kes disiplin terhadap
pelajar-pelajar .
Syabas kesemua pihak yang telah bersama-sama
menyumbang idea, masa dan tenaga bagi memastikan penerbitan buku ini berjaya
dijelmakan.