Saturday, 23 October 2010

Buku Panduan Pengurusan HEM

Majlis Pemuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Men.) Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan Buku Panduan Pengurusan Hel Ehwal Murid yang boleh menjadi panduan serba sedikit kepada GPKHEM dalam mentadbir urus unit HEM di sekolah-sekolah.

Bahagian 1 buku ini memuatkan "SOP" bagi 10 kes disiplin yang lazimnya dihadapi oleh semua GPKHEM di Negeri Sembilan.
Bahagian  2 pula buku ini memuatkan 31 kisah anekdot hasil penulisan 20 guru GPKHEM Negeri Sembilan yang lahir daripada pengalaman pahit manis dalam mengendalikan beberapa kes disiplin terhadap pelajar-pelajar .


Syabas kesemua pihak yang telah bersama-sama menyumbang idea, masa dan tenaga bagi memastikan penerbitan buku ini berjaya dijelmakan.

Wednesday, 20 October 2010

Mesyuarat JK MPGPKHEM 2011/2013

==============================
MESYUARAT JAWATANKUASA
MAJLIS PEMUAFAKATAN GPKHEM (MEN.)
SESSI 2011/2013
=======================================
TARIKH: 20 OKTOBER
TEMPAT: BILIK GERAKAN SMK SERI PAGI
HARI:KHAMIS
MASA:2.30 PM


ATURCARA:
2.30
pm               
Pendaftaran Ahli Mesyuarat
Ketibaan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Aluan Pengerusi JK Majlis Pemuafakatan GPKHEM
Ucapan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Rehat – Minum Petang
3.15
pm
Mesyuarat JK Pemuafakatan GPKHEM
Perbincangan Aktiviti /Program:
-Perkhidmatan dan Pentadbiran
-Latihan dan Pembangunan Kemanusiaan
-Kebajikan
-Penerangan dan Penerbitan

Hal-hal lain