Monday, 21 July 2014
Bahan Kursus GPKHEM - Contoh Pelan Intervensi dan OPPM
Di bawah disertakan Bahan Kursus GPKHEM untuk rujukan pihak GPKHEM Negeri Sembilan:
Tuesday, 8 April 2014
Sunday, 6 April 2014
MEMAHAMI PENAMBAHBAIKAN PBS & PERINCIAN PT3 YANG BERMULA 1 APRIL 2014
Sila klik di bawah dan sign-in dengan akaun google anda. Gunakan password e-mail anda. Jika belum ada akaun, buka akaun baharu dengan klik logo google di bawah
ATAU
Bahan di atas boleh dimuatturun melalui link di bawah:
Tuesday, 1 April 2014
Hari Profesionalisme PK HEM 2014:
[Koleksi gambar program sila klik Face Book MPGPKHEM]
Bahan - bahan taklimat boleh didownload dari link dibawah:
Monday, 10 March 2014
Mesyuarat AJK Taklimat Pengurusan Berkualiti PK HEM NS 2014
Mesyuarat AJK Taklimat Pengurusan Berkulaiti PK HEM NS 2014 telah diadakan pada 10 Mac 2014 jam 2.30 petang yang bertempat di SMK Seremban Jaya 2. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Nazim dari Unit HEM. Tujuan mesyuarat ialah untuk membincangkan Program Taklimat Pengurusan Berkualiti PK HEM NS yang akan diadakan pada 1 April 2014, jam 8.00 pagi hingga 4 petang yang bertempat di SM Sains Tuanku Munawir, Seremban. Senarai jawatankuasa yang terlibat adalah seperti di bawah:
AHLI JAWATANKUASA TAKLIMAT PENGURUSAN BERKUALITI
HAL EHWAL MURID BAGI GURU-GURU PK HEM BAGI SEKOLAH MENENGAH
NEGERI SEMBILAN 2014
|
|
NAMA
|
JAWATAN
|
PN.
POZIAH AB. JALIL
SMK
PUTERI, SEREMBAN
|
PENGERUSI
|
TAN YEW
GUAN
SMJK
CHONG HUA, KP
|
TIM. PENGERUSI
|
PN.
SITI AZLIN ABU ZARIN
SMK
SEREMBAN JAYA, SEREMBAN
|
SETIAUSAHA
PENDAFTAR PESERTA
|
DR. V
THARMAMBIHAI
SMK
RAJA JUMAAT , PD
|
PEN. SETIAUSAHA
PENDAFTAR PESERTA
|
NORLELA
HASHIM
SMK
BUKIT KEPAYANG
|
BENDAHARI
AJK CENDERAHATI
|
TG.
ADNAN RAJA DAUD
SMK
MAMBAU
|
PEN. BENDAHARI
|
MOHAMAD
ZAIDI B ISHAK
SMK
KGV, SEREMBAN
|
PENGERUSI MAJLIS
SLOT 1
|
SYED
NASEER SYED MOHIDEEN
SMK
JELAI (F)
|
PENGERUSI MAJLIS
SLOT 2
|
SAMAD
OTHMAN
SMKA
PERSEKUTUAN LABU
|
PENGERUSI MAJLIS
SLOT 3
|
SHAFIE
HJ MOHD NOR
SMK HJ
MUHAMMAD YUSOF LINGGI
|
PENGERUSI MAJLIS
SLOT 4
|
MOHAMMAD
B SAID
SMK
TAMAN INDAH, TAMPIN
NASHARUDIN
AB RAHMAN
SMK
DATUK ABDULLAH, AS. RAJA
|
DOKUMENTASI/FOTOGRAFI
|
KALICHELVEN
A/L GM KANNAN
SMK
MANTIN
|
PA SYSTEM
|
ZURAIMI
ISMAIL
SMK
DATUK UND. MUSA AL-HAJ
LAU LEE
JIUAN
SMK
DATUK SHAHARDIN, LABU
PN OOI
SOW LAY
|
JAMUAN
|
HJ.
MOHD NOORIZAM HJ MOHD YUNUS
SMK
SENALING, KP
|
BACAAN DOA
|
DARMALINGAM
A/L MANICKAM
SMK
DATUK MANSOR
NORAZHAR
MOHD SHAH
SM SAINS TUANKU MUNAWIR, SBN |
PERSIAPAN TEMPAT
|
Friday, 7 March 2014
Friday, 7 February 2014
Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Monday, 3 February 2014
Pengarah JPNS kini bergelar Dato'...
Seluruh warga GPK HEM Negeri Sembilan Darul Khusus mengucapkan tahniah kepada:
YBhg. DATO' HAJAH KALSOM BINTI KHALID
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
atas pengurniaan
DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS)
yang melayakkannya bergelar Dato'
sempena ulang tahun keputeraan yang ke-66
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Mesyuarat JK Majlis Pemuafakatan PK HEM N9_Bil 1/2014
Mesyuarat JK MP GPKHEM N9 kali pertama telah diadakan di SMK Puteri Seremban bertarikh 29/1/2014 (Rabu) jam 2.00 pm hingga 5.00 pm..Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tn. Hj. Misri b Mistama ( Ketua Unit Menengah) . Agenda Mesyuarat ialah:
1.Ucapan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Gpk Hem N9
2.Ucapan Alauan Tn. Hj. Misri b Mistama
3.Laporan Aktiviti Tahun 2013
4.Perbincangan Program Tahun 2014
5.Hal-hal Lain
Hasil daripada Mesyuarat JK MP GPKHEM N9 di atas ialah
1.Melantik Pn. Poziah bt Abd Jalil sebagai Pemangku Pengerusi .
2.Mesyuarat GPKHEM Negeri Sembilan dicadangkan pada 19/2 atau 20/2/2014.
3.Kursus Peningkatan Profesionalisme PKHEM N9 seperti dicadangkan di dibawah:
Tarikh: Mac/April 2014
Tempat : Melaka/Kuala Lumpur
Tempoh: 3 hari 2 malam
Pengisian Kursus:
i.Bengkel Perancangan Strategik HEM
ii.Pengurusan Disiplin
iii.Perundangan
iv.Perkongsian Pengalaman
v.Pengurusan Unit-unit di bawah HEM
vi.e-aplikasi
Motivasi Diri
CERITA KEPOMPONG....
Pada suatu hari, terdapat seorang pemuda memerhatikan satu kepompong di sebatang dahan pokok yang mengandungi seekor beluncas yang mengalami proses untuk bertukar menjadi seekor rama-rama yang beraneka warna. Proses ini mengambil masa begitu lama sehingga pemuda tersebut berasa terseksa memerhatikan kepayahan rama-rama yang berusaha untuk keluar dari kepompong tersebut. Disebabkan perasaan prihatin dan kasihan, pemuda tersebut dengan niat yang baik ingin menolong rama-rama tersebut. Pemuda itu mengambil sebilah gunting lalu mengunting selaput nipis kepompong tersebut supaya dapat membantu rama-rama itu keluar dari kepompongnya dengan lebih mudah.Selepas digunting, ternyata rama-rama tersebut keluar dengan mudah. Dengan hati yang gembira, pemuda tersebut memerhatikan rama-rama itu dengan harapan ia akan mengembangkan sayapnya pada bila-bila masa dan akan terbang dengan bebas. Namun, kenyataannya rama-rama itu berada dalam yang lemah dengan sayapnya terencat sehingga sayapnya tidak dapat dikembangkan langsung. Rama-rama tersebut terpaksa hidup dalam keadaan cacat dan akhirnya ia mati.
Moral cerita ini:
1.Sememangnya pemuda tersebut berniat baik kerana ingin menolong rama-rama itu dan berpendapat bahawa rama-rama itu telah cuba sedaya upaya untuk keluar tetapi mengalami kerumitan. Maka untuk memudahkan proses tersebut pemuda itu menolongnya tetapi akhirnya dia telah membunuh rama-rama yang sepatutnya terbang dengan bebas.
2.Sebenarnya Allah s.w.t. telah mengaturkan proses secara semulajadi untuk rama-rama tersebut. Dalam kepompong tersebut, rama-rama itu akan mendesak bendalir-bendalir dalam badannya mengalir ke seluruh badan terutamanya di dalam saluran-saluran halus yang ada pada sayapnya. Proses ini memerlukan tekanan dan dinding dalam kepompong itulah sebagai sumber tekanannya. Apbila selesai proses tersebut, rama-rama ini akan menjadi cukup kuat untuk mengoyakkan kepompong tersebut dan lantas keluar sebagai seekor rama-rama yang cantik.
3.Kisah ini boleh diibaratkan seperti kehidupan kita . Setiap kesusahan , masalah dan dugaan adalah batu loncatan untuk menjadikan kita lebih cekap, matang, sempurna dan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang akan datang. Namun, jika kita cuba untuk mengelak atau mencari jalan pintas , sudah pasti ia tidak akan menolong kita malah membinasakan diri kita.
Oleh itu, kita harus bersemangat dan bersabar dalam menghadapi segala ujian daripada Allah s.w.t. dan insya Allah ia akan meninggikan lagi darjat kita serta memberi keuntungan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat seperti dalam surah Al-Imran ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.."
Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiaga di perbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.."
(Sumber dari buku : "Aku Cinta Masalah" tulisan Mohad Daniel Lim b Abdullah..)
Subscribe to:
Posts (Atom)